Wednesday 6 February 2019

Jurugambar Perkahwinan Ipoh - Pre Wedding Faizal & Dilla

Assalamualaikum... Ok entry kali ni kami nak cerita pasal video pre wedding pasangan secocok Faizal & Dilla. 

Video ni kami shoot dekat Kellies Castle, Batu Gajah, Perak. Plan asal nak shoot dekat Plan B ja tapi disebabkan tetiba kalau nak shoot kat situ dikenakan charge sampai rm200 terus tak jadi la haha. Dekat Kellies Castle pun kena charge jugak tapi murah dan berbaloi la. 1 kamera depa charge rm50 ja + rm5 per head. Dinasihatkan kalau nak buat photoshoot kat sini silalah pergi pada hari bekerja ye. Kalau tak manusia kat sini macam bihun haaaa nak habaq punyala ramai.

Apapun kami nak ucap terima kasih banyak2 kepada Faizal & Dilla sebab sangat sporting dan bagi kerjasama yang terbaik untuk menjayakan shooting haritu (hahaha dah macam retis pulak shooting bagai). Cuaca hari tu memang terbaik la. Langit cerah awan biru tapi panasnya masyaallah sampai rasa nak pitam haha. Dengan depa tak sempat breakfast lagi huhu mujur tak pengsan. Kami nasibla dah 2 kali makan hehehe.

Yang bestnya depa dua ni tak merungut langsung penat ka tak larat ka walaupun kena ulang banyak kali nak shoot. Yala nak buat video bukan boleh sekali shoot ja. Kalau tak jadi kena buat sampai jadi tau. Tapi depa dua tetap cool dari awal sampai habis. Bila depa cool kami pun jadi seronok nak buat kerja (ni tips tau.sila jaga mood anda sepanjang proses shoot insyaallah anda akan dapat hasil terbaik).

Thanks sebab belanja kami makan haritu. Punyalah panas sampai nak makan pun kena cari tempat yang ada aircond hahaha. Tak lalu dah seharian berpanas. 

Kami crew SierraOne Photography mendoakan semoga korang berbahagia selalu till jannah. Bulan 3 nanti kita shoot wedding pulak ye. 

Crew yang bertugas untuk shoot video ini adalah Fikri Osman dan dibantu oleh Eam Ilham. 

Oklah.. Jom kita tengok video mereka dari kami budak baru belajar. 

Enjoy!! 



Gambar gambar sekitar photoshoot.











Sebarang pertanyaan boleh hubungi :

www.wasap.my/60135975649
www.wasap.my/60135975649
www.wasap.my/60135975649

3 comments:

  1. Mmg terbaikkkk! Elok ya amat.. ���� tq sbb hasil sgt2 la cantik..

    ReplyDelete
  2. sama2 kasihhhhhh...terima kasih kembali sebab percayakan kami heeeeee

    ReplyDelete