Tuesday, 16 September 2014

Ipoh Wedding Photographer - Engagement Aden & Adila - Klebang Putra, Ipoh, Perak

Assalamualaikum semua... Selesai sudah cover untuk majlis bertunang hari  ini. Majlis pertunangan diantara pasangan Aden & Adila. Majlis berlansung di Taman Klebang Putra, Ipoh. Alhamdulillah.. Tahniah kepada pasangan. OP untuk majlis ini ialah Fikri Osman, Eam Ilham dan Sammad Meor. Gambar sekitar majlis.















Sunday, 17 August 2014

Ipoh Wedding Photographer - Az&Za, Brinchang, Cameron Hinghland, Pahang

Assalamualaikum... Selesai sudah kerja untuk harini untuk pasangan Az & Za di Cameron Highland, Pahang. Seronok sangat pengalaman bekerja di tempat hawa dingin ni. First time kami buat wedding job tanpa peluh mencurah curah... hehehe. OP untuk majlis ni Fikri Osman dan Sammad Meor. Alhamdulillah.. job selesai tanpa sebarang masalah..














Tuesday, 10 June 2014

Jurugambar Perkahwinan Perak - Asri & Umai

Assalamualaikum... Baru ada kesempatan nak update blog... huhuhu. Agak sibuk sikit bulan ni. Alhamdulillah rezeki kami.. Update kali ni adalah majlis resepsi Asri dan Umai dari Tanjung Rambutan Perak. Majlis kali di selesaikan oleh OP kami Fikri Osman dan Eam Ilham. Alhamdulillah tiada masalah.. Kepada pengantin Asri dan Umai kami ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru. Terima kasih kerana melayan kerenah kami. Kami ni gila gila skit.. hehehe. InsyaAllah kami buat yang terbaik untuk semua.




Outdoor ni kami buat di Taman DR, Ipoh. Gambar dibawah adalah editing dalam cuba mencari kelainan skit.. Apapun thanks kepada pasangan pengantin yang amat sporting walaupun malu2 skit.. hehehe. InsyaAllah gambar gambar ini akan menjadi memori anda sepanjang hayat.


Wednesday, 7 May 2014

Perak Wedding Photographer - Sabri & Aishah, Kubang Semang, Pulau Pinang.

Job kami kali ini di Pulau Pinang, Pulau Mutiara... Majlis Perkahwinan diantara pasangan Sabri & Aishah. Majlis berlansung di Kg Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. OP yang bertugas adalah Fikri Osman dan Zulbeng. Kami bertolak dari Ipoh kira kira jam 715 pagi, perjalanan lebih kurang 2 jam. Taklah jauh sangat. Setelah sampai.. kami hentam nasi ,kandaq dulu.. hahaha. isi perut. Sempoi punya kari. Alhamdulillah... cuaca ok. walaupun ada skit2 hujan. nasib tk lebat. Terima kasih kasih kami ucapkan kepada family pengantin terutamanya pada Nizam, Kak Ani kerana melayan kami.










Thursday, 24 April 2014

Majlis Berendoi Adam Nuh Harraz - Tasik Raban, Lenggong, Perak.

Majlis Berendoi dan Akikah baby Adam Nuh Harraz putera kepada pasangan pengantin kami Amirul & Izzati. Alhamdulillah.. selesai sudah. OP untuk majlis ini Fikri Osman dan Zulbeng. Comel baby.. macam mak dan ayahnya juga.. :) Majlis berlansung di Tasik Raban, Lenggong, Perak. Dapat jugak kami balik kampung dan berjumpa kawan sekolah dulu.. Yang menarik untuk dikongsi.. Kenduri family Izzati dan Amirul ni mesti ada satu sambal yang special. Sambal Jawa.. Memang sedap.. Terbaik. Untuk family Amirul dan Izzati, kalau ada buat kenduri lagi jangan lupa panggil kami ye? hehe. Kami doakan semoga keluarga Amirul & Izzati bahagia ke akhirnya... Amin..